TEMA TAHUNAN


Tema Tahunan Prasekolah disediakan berasaskan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ( KSPK ). Ianya disediakan sebagai panduan kepada guru-guru prasekolah kementerian dan swasta dalam membuat rancangan pengajaran harian prasekolah dalam pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Tema ini dihasilkan mengikut rekabentuk kurikulum berasaskan standard , berbentuk modular dan meliputi enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, Sains dan Teknologi , Fizikal dan estetika, Kemanusiaan dan Ketrampilan diri.
Pendidikan prasekolah ialah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 – 6 tahun dalam jangka masa satu tahun dan bertujuan memperkembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Oleh itu, tema - tema ini juga dihasilkan berdasarkan kepada Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak (ABP).
Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid, inkuiri penemuan, belajar melalui bermain, pendekatan bertema , pendekatan bersepadu dan ICT adalah ditekankan dalam aktiviti yang telah dirancang. Perancangan aktiviti yang dihasilkan dalam buku ini adalah berpandukan kepada Modul Asas dan Modul Bertema. Modul asas merangkumi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina ( SJKC ), Bahasa Tamil ( SJKT ), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral , Matematik dan Permainan luar.Manakala pengajaran secara bertema menyepadukan kesemua tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ( KSPK ).
Terdapat 42 tema yang telah dipilih bersesuaian dengan murid, situasi dan tempat di mana pemilihan adalah menitikberatkan pendekatan daripada mudah kepada lebih kompleks.

TEMA MINGGUAN

MINGGU
TEMA
SUBTEMA
MINGGU 1
ORIENTASI
ORIENTASI
MINGGU 2
DIRI SAYA
DIRI SAYA
MINGGU 3
ANGGOTA BADAN
MINGGU 4
KELUARGA SAYA
MINGGU 5
NEGARA SAYA
TAHUN BARU CINA
MINGGU 6
DIRI SAYA
SEKOLAH SAYA
MINGGU 7
KAWAN SAYA
MINGGU 8
JIRAN SAYA
MINGGU 9
KEBERSIHAN DIRI
MINGGU 10
KESELAMATAN DIRI
MINGGU 11
RUMAH SAYA
MINGGU 12
EMOSI DIRI
MINGGU 13
ALAM BAHAN
MAKANAN
MINGGU 14
AIR
MINGGU 15
PASIR
MINGGU 16
PAKAIAN/AKSESORI
MINGGU 17
PERALATAN
MINGGU 18
DUNIA TEKNOLOGI
KENDERAAN DARAT
MINGGU 19
KENDERAAN UDARA
MINGGU 20
KENDERAAN AIR
MINGGU 21
KEMUDAHAN AWAM
MINGGU 22
ALAM HIDUPAN
HAIWAN JINAK
MINGGU 23
HAIWAN LIAR
MINGGU 24
HAIWAN AIR
MINGGU 25
SERANGGA
MINGGU 26
TUMBUH-TUMBUHAN
MINGGU 27
SAYUR-SAYURAN
MINGGU 28
BUAH-BUAHAN
MINGGU 29
BUNGA
MINGGU 30
ALAM SEKITAR
SAYANGI ALAM SEKITAR
MINGGU 31
NEGARA SAYA
KEMERDEKAAN
MINGGU 32
HARI RAYA AIDILFITRI
MINGGU 33
ALAM FIZIKAL
CUACA
MINGGU 34
                 DUNIA TEKNOLOGI
PEKERJAAN UNIFORM
MINGGU 35
PEKERJAAN TIDAK BERUNIFORM
MINGGU 36
PEMBINAAN
MINGGU 37
NEGARA SAYA
LAGU DAN MUZIK TRADISIONAL
MINGGU 38
SENI KRAF/ PERALATAN TRADISIONAL
MINGGU 39
DEEPAVALLI
MINGGU 40
PERMAINAN TRADISIONAL
MINGGU 41
PERSEDIAAN KE TAHUN SATU
GRADUASI
MINGGU 42
PERSEDIAAN KE TAHUN SATU/TRANSISI
RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM





No comments:

Post a Comment

Post a Comment